Its the way I grown up, taught me the meaning of Independent & Love..Reality can be hurt BUT like a Colour in a Life! Become so sweet & wonderful!
Blog nie dicipta sekadar untuk suka-suki sahaja,,tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. Inilah tempat untuk saya mencurah rasa, kreativiti, idea mahupun pesanan semata-mata. Umpama cermin ajaib: Bercheritera untuk diri sendiri. Jadi diharapkan tiada penyalahgunaan disini ye..."My freedom is here "...1 lg,,oleh sebab masih x mahir lg gn bende2 cenggini,,just TRY & ERROR je la den..hehe
P/S: Don't Naughty2 Ye.....(^_^)

Friday, November 5, 2010

Cinta oh Cinta!

C.I.N.T.A. K.I.T.A. satu rasa,
C.I.N.T.A. B.U.T.A. tak bermata lahirnya,
C.I.N.T.A. G.I.L.A. pada harta,
M.A.N.A. C.I.N.T.A.. yang sebenar2nya,
C.I.N.T.A. K.I.T.A. sampai bila,
Manakah satu arah kita sebenarnya dunia.....


Cinta.....ble ckp jek psl cinta sume org b'suara,,,mestilah sebab cinta selalu buat kite seperti berada di awang-awangan,,segalanya nampak begitu indah & manis,,tapi apa sebenarnyer cinte?????(**)??? adakah sekadar percantuman hrf yg m'jadi sebuah perkataan cam lgu xpdc C.I.N.T.A 2 atau cam lagu dealova nie "Aku ingin m'jadi sesuatu yg slalu bisa kau sentuh, aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu,,,,,,,,,,, Kau seperti nyanyian dalam hati,ku yang memanggil rinduku padamu,,", CINTA2..besarnyer kuasa cinta, tp phm ker kite tntg cinta? betul ke kite letakkn cinta tu pd tempatnye??
MMMMMMMmmmmmm....

illustrasi semata-mata...


Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan tuntutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa nafsu melambangkan sebuah kedamaian, keamanan dan ketenangan lalu melahirkan sebuah kebahagian. Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras. Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina...


Sebenarnye Islam tak pernah memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:

1.Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:
“... (Walaupun demikian), ada
juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah...”(Surah Al-Baqarah : 165)

2.Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada didalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

“Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh
kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada
selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” (Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)

3.Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:
“... Nabi Muhammad (s.a.w) ialah
Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)...” (Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas DASAR KEIMANAN kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´SYAITAN CINTA´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan CINTA PALSU walaupun dihiasi dengan RAYUAN MANJA kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya jika kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Jangan jadikan diri kita sebagai hamba cinta yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pertimbangan akal yang waras. Kita seharusnya mengawal perasaan cinta kerana jika terlalu obses terhadap seseorang, manusia biasanya akan hilang kawalan dan tidak dapat menerima hakikat kehilangan, lantas sanggup melakukan sesuatu yang buruk untuk melepaskan perasaan kecewa.

Kita juga harus pandai mengawal diri dari perkara-perkara yang hina dan dilarang. Berpelukan,bertepuk tampar & berpimpinan tangan antara lelaki & wanita yg bukan muhrim adalal dilarang dalam Islam. Pergaulan itu harus ada batasannya. Jangan biarkan diri kita menjadi terlalu murah & mudah untuk menghalalkan cara. Berpeganglah pada prinsip al-Quran & sunnah..Marilah kita cuba berubah untuk masa hadapan yang lebih baik & cemerlang. Insyallah semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya.


No comments:

Post a Comment